KUALA LUMPUR 4 Dis. – Astana City Group Sdn. Bhd., pengedar silinder gas petroleum cecair (LPG) pertama di Malaysia, merancang untuk melabur RM100 juta bagi membina kilang membuat silinder gas komposit di Pelabuhan Klang. Pengarah Urusannya Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata, fasa pertama kilang berkenaan akan mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 200,000 silinder sebulan bagi memenuhi permintaan pasaran di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. “Pembinaan kilang berkenaan dijangka bermula…










