KAPITALIS serakah boleh hidup dan mengaut keuntungan dalam masyarakat yang mundur pemikirannya. Dalam masyarakat yang mundur daya fikir, bila ada yang kreatif berfikir tentu mendapat manfaatnya. Kemunduran ini bukan sahaja berlaku dalam masyarakat luar bandar tetapi juga di kota-kota besar yang kelihatan maju dan moden. Kemunduran ini membawa wanita mudah tersihir dan dieksploitasi oleh mimpi-mimpi yang stereotaip mengenai kecantikan. Mimpi-mimpi ini dicipta, dibina dan dijaja oleh kapitalis demi perniagaan mereka.…










