AK-47 mungkin milik pengganas - Utusan Malaysia

AK-47 mungkin milik pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Senjata api jenis AK-47 yang ditemukan dalam longgokan tanah di Kampung Gemang, Jeli, Kelantan pada 30 November lalu mungkin digunakan oleh individu yang terlibat dengan jenayah atau cuba disalurkan kepada anggota kumpulan pengganas untuk melancarkan sera­ngan di negara ini.

Sumber keselamatan memberitahu, ini kerana modus ope­randi tersebut sama seperti yang digunakan oleh kumpulan pengganas yang pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini.

“Jadi ada kemungkinan senjata tersebut milik kumpulan pengganas yang diseludup masuk dari negara jiran atau kumpulan jenayah. Apa pun siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi

MOHAMAD FUZI
MOHAMAD FUZI 

Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mendapatkan kepastian sama ada senjata yang ditemukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sempadan Malaysia-Thailand telah di­seludup masuk dari negara jiran.

Menurutnya, pihaknya juga sedang mengenal pasti individu yang bertanggungjawab terhadap pemilikan senjata api ber­kenaan.

“Kita baru sahaja menjalankan siasatan dan masih terlalu awal untuk kita dapatkan maklumat ke arah itu. Banyak sudut yang harus kita ambil untuk pertimbangkan dalam siasatan ini,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Penyampaian Diploma Kepolisan dan Penyiasatan kepada pelajar Kolej Koperasi Polis Malaysia (Unikop) di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Pada 30 November lalu, ATM berjaya membongkar satu lokasi menempatkan senjata api yang membawa kepada penemuan tiga laras senjata jenis AK-47 di sekitar sempadan Malaysia-Thailand.

Tiga laras senjata api jenis AK-47 buatan Rusia ditemui bersama tiga kelopak peluru yang diikat dengan tali berwarna biru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN