739 murid di Perlis bertuah terima sumbangan pek 'Kembali ke Sekolah' dari McDonald's - Utusan Malaysia

739 murid di Perlis bertuah terima sumbangan pek ‘Kembali ke Sekolah’ dari McDonald’s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 4 Dis. – Seramai 739 orang murid sekolah rendah di negeri ini bertuah kerana terpilih menerima sumbangan pek ‘Kembali ke Sekolah’ daripada McDonald’s Malaysia untuk persiapan sesi persekolahan 2019 dalam satu majlis di sini, malam ini.

Kesemua kanak-kanak itu adalah terdiri daripada keluarga miskin bandar.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mencemar duli merasmikan majlis dan menyerahkan sumbangan itu.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Selain pek ‘Kembali ke Sekolah’, McDonald’s turut menyampaikan sumbangan zakat dan pelantikan belia asnaf ke program perantisan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s yang keseluruhannya berjumlah RM533,900.

Terdahulu, di sebelah petangnya, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyertai Program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang memasuki kali ke-92 penganjurannya, untuk menyampaikan zakat kepada mereka yang memerlukan di bandar ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN