Proton X70: 10,000 tempahan diterima - Utusan Malaysia

Proton X70: 10,000 tempahan diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ken­deraan utiliti sukan (SUV) Proton X70 baharu, setakat ini menerima 10,000 tempahan sejak prapelancaran dibuka pada 8 September lepas.

Proton Holdings Bhd. berkata, daripada jumlah itu, hampir 2,000 tempahan dibuat menerusi dalam talian, sekali gus mengesahkan keputusan yang dibuat syarikat untuk memba­ngunkan dan melancarkan platform tersebut adalah tepat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Li Chunrong, pihaknya berusaha memastikan Proton X70 memenuhi jangkaan pembeli dan pada masa sama membuat pelaburan besar bagi outlet dan pengedaran, selain mempunyai sumber jualan dan selepas jualan yang diperlukan bagi menyokong produk penting itu.

Ia merupakan SUV pertama Proton dan yang pertama diba­ngunkan secara bersama oleh Proton dan Geely.

Proton X70, yang dikuasakan oleh enjin 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI), turut menawarkan aspek kese­lamatan canggih termasuk sistem brek kecemasan autonomi, amaran pelanggaran hadapan, sistem maklumat titik buta, amaran terkeluar laluan serta kawalan suluh tinggi pintar. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN