Marina Island jadi pilihan percutian - Utusan Malaysia

Marina Island jadi pilihan percutian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 22 Okt. – Selain Pulau Pangkor dan Lumut, daerah ini turut menawarkan satu lagi lokasi pelancongan di pulau buatan manusia iaitu Marina Island.

Pulau seluas 317 ekar atau 128.2 hektar itu menyediakan perjalanan singkat menaiki feri ke Pulau Pangkor berban­ding dari Lumut dan mempunyai pelbagai aktiviti serta kemudahan riadah sekeluarga hingga lewat malam.

Dibuka pada 2009 untuk kemudahan menggunakan feri ke Pulau Pangkor, Marina Island bukan ha­nya mempunyai resort penginapan malah juga kawasan kediaman serta lokasi memancing di atas pelantar yang dibina di tepi laut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Marina Sanctuary Resort Sdn Bhd, Ding Mei Looi berkata, Marina Island mula beroperasi pada 2009 kini menarik hampir empat juta pengunjung.

Menurutnya, pengunjung boleh membawa anak-anak mereka ke taman tema air yang ada di Marina Island di mana mereka boleh bermain aktiviti air di lagun pulau buatan ini.

“Taman tema Frenzy Water Park ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dari pukul 3 petang hingga 7 malam,” katanya.

Menurutnya, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di taman tema air ini termasuk berkayak, bola tampar pantai, mencanting batik, kelas masakan luar, berkhemah banyak lagi.

“Lagun di taman tema air ini tidak berombak, jadi ia sesuai untuk semua peringkat umur,” katanya.

Beliau berkata, selain itu terdapat satu lagi tarikan iaitu ST Family Theme Park yang menawarkan pelbagai permainan menarik buat pelbagai peringkat umur.

Katanya, taman tema keluarga itu sudah lebih setahun beroperasi dengan menyediakan ATV kepada kanak-kanak, kereta yang boleh dinaiki empat orang serta motosikal.

“Kesemua permainan ini me­rupakan kenderaan elektrik dan ia beroperasi hingga pukul 1 pagi kerana sering menjadi tumpuan mereka yang berkunjung ke Marina Island,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini