Dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober lalu, industri padi negara menerima peruntukan sebanyak RM2.62 bilion.
Jumlah peruntukan itu meningkat setiap tahun dan ia seiring dengan kenaikan pelbagai kos dalam perusahaan tanaman tersebut.
Benih, baja, racun, mesin, penyelenggaraan jentera dan juga kos sara hidup petani antara faktor yang diambil kira dalam menyediakan peruntukan itu.
Jumlahnya bukan sedikit tetapi sebenarnya petani tiada pilihan lain malah seringkali juga mereka terpaksa menanggung sendiri sebahagian kos penanaman terutama apabila berhadapan seperti masalah bencana alam, kelewatan bekalan benih atau baja.
Sebab itulah kadangkala kita melihat peruntukan setiap tahun untuk industri tersebut bertambah tetapi kehidupan petani seperti itu juga. Masalah sama juga yang mereka hadapi pada setiap musim.
Rungutan seperti benih tidak berkualiti, bekalan baja lewat, racun lambat, kos penyelenggaraan mesin yang meningkat, potongan padi tinggi merupakan antara yang sering dibangkitkan oleh pesawah.
Masalah-masalah itu seperti tiada penghujungnya walaupun tanaman padi di negara ini sudah begitu lama diusahakan. Kita masih bergelut dengan usaha mendapatkan tiga musim tanaman padi setahun dan mengeluarkan sendiri 60 peratus padi sendiri.
Malah idea seperti ladang padi, teknik tanaman dari negara yang berjaya industri padinya, mengambil contoh pendekatan tanaman di kawasan yang berjaya, teknologi baharu masih terus dibincangkan.
Menurut Jabatan Perangkaan, Malaysia mencatatkan jumlah keseluruhan keluasan tuaian padi berjumlah 519,670 hektar dengan kuantiti pengeluaran mencecah 2.30 juta tan metrik.
Industri itu disokong oleh penggunaan 75,127 unit jentera, 61,407 unit kenderaan bermotor dan 26,399 unit dron yang mencerminkan tahap mekanisasi yang semakin meluas dalam tanaman padi.
Pegangan pertanian individu menyumbang 98.3 peratus daripada keseluruhan keluasan bertuai dengan menghasilkan 2.26 juta tan metrik pengeluaran padi.
Berdasarkan angka tersebut, industri padi nampak meyakinkan tetapi masih lantang kedengaran pelbagai rungutan daripada pesawah.
Di mana silapnya industri padi negara ini?
Masalah-masalah yang dihadapi oleh petani selama ini turut menyebabkan minat terhadap industri itu dikatakan semakin menurun terutama dalam kalangan generasi muda yang enggan meneruskan lagi tanaman orang tua mereka.
Malah ada yang lebih berminat untuk menjual tanah-tanah bendang kepada orang lain atau pemaju perumahan kerana tidak tahan lagi berhadapan dengan masalah yang dikatakan berlaku.
Sesetengah daripada mereka sekadar meneruskan tanaman itu kerana menghormati legasi yang ditinggalkan ibu bapa. Mereka ini tidak turun lagi ke bendang tetapi menguruskannya dengan sebahagian besar diupah kepada orang lain.
Namun bukan semua orang menemui kekecewaan dalam industri padi itu kerana ada juga anak muda, wanita yang berjaya mengusahakannya. Padi bukan sahaja cukup makan bagi mereka tetapi menjadi perniagaan yang menguntungkan.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Peruntukan bertambah, industri padi tetap sama

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved