KUALA TERENGGANU 20 Sept. – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) merintis Program Wacana al-Quran bersama tokoh agama dan ilmuwan Islam terkemuka dunia sebagai salah satu usaha untuk mendekatkan masyarakat dengan al-Quran dan mendalami ilmu yang terkandung di dalamnya. Inisiatif tersebut merupakan kesinambungan program sebelum ini digerakkan bersama tokoh agama tempatan dimulakan dengan menampilkan pakar rujuk bidang al-Quran dari Mesir, Sheikh Dr. Ahmad Isa Al-Ma’sarawi dalam siri program selama tiga…










