IPOH 20 Sept. – Penampilan semula di kolam renang selepas berehat lebih daripada setahun tidak menjejaskan peluang penerjun Wilayah Persekutuan, Loh Zhiayi merangkul emas bersama pasangannya Ong Ker Ying dalam acara tiga meter (m) papan anjal seirama wanita di Pusat Akuatik Tuanku Zara, hari ini. Meskipun pasangan itu baharu digandingkan dalam tempoh kurang daripada tiga bulan, namun mereka mampu membentuk keserasian yang baik untuk menghadirkan emas kedua buat skuad terjun…










