Soon Huat-Shevron raih kejuaraan - Utusan Malaysia

Soon Huat-Shevron raih kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 22 Julai – Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai muncul juara kejohanan Badminton Terbuka Singapura, selepas menundukkan pasangan nombor satu dunia Liliyana Natsir-Tontowi Ahmad dari Indonesia, di sini hari ini.

Pasangan nombor lapan dunia itu, hanya mengambil masa 36 minit untuk menewaskan pilihan pertama kejohanan berkenaan dengan keputusan 21-19, 21-18.

Kata Shevon, kemenangan tersebut amat bermakna buat mereka, tambahan pula apabila menentang pilihan utama kejohanan.

“Saya berharap kami akan terus meraih kemenangan dan tentunya banyak pengalaman yang kami peroleh di sepanjang kejohanan ini.

“Kami sedar mereka berpengalaman dan kami memang merancang untuk melakukan banyak serangan.

“Mereka adalah pasangan yang lebih berpengalaman, mudah bagi mereka untuk mengubah permainan untuk mendapatkan mata, itu memang dijangka, jadi bila mereka mengejar, kami hanya perlu mengekalkan permainan kami. Hanya perlu ikut rancangan kami,” Shevon.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura itu menyaksikan pasangan pilihan kedua kejohanan bertemu pasangan Indonesia itu buat kali pertama di mana mereka (Indonesia) telah tiga kali menjuarai Terbuka Singapura dalam empat penyertaan sebelum ini.

Kemenangan itu membolehkan Soon Huat-Shevon membawa pulang US$ 28,045 (RM83,628).

Dalam Kejohanan Terbuka Singapura itu, Soon Huat-Shevon layak ke perlawanan suku akhir dengan mengalahkan Xiangyu Ren-Tang Jinhua dari China sebelum menewaskan Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia untuk layak ke separuh akhir.

Pada perlawanan separuh akhir pada Sabtu, pasangan Malaysia itu menewaskan pasangan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai straight-set 
21-18, 21-14. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN