MEDIA sosial bukan lagi setakat wadah untuk berkongsi gambar-gambar dan video peri-badi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bagi sebahagian anak muda, mereka memanfaatkan sepenuhnya teknologi dan media sosial untuk mencari makan.
Berbekal minat, Heliana Mohd. Arshad, 34 atau lebih mesra dengan panggilan Lia belajar membuat kek melalui media sosil.
“Saya sememangnya suka membuat kek dan pencuci mulut namun tidak pernah terfikir untuk menjualnya kepada orang lain.
Bagaimanapun, sokongan daripada keluarga membuka mata kepadanya untuk menjadikan minat itu sebagai sumber pendapatan sampingan.
“Bermula pada saat itu, saya mula mengambil tempahan kepada kawan-kawan serta ahli keluarga. Alhamdulilah, berkat sabar tahun demi tahun permintaan daripada pelanggan semakin meningkat,” katanya.
Anak kelahiran Klang itu memberitahu, dalam usaha untuk mengukuhkan perniagaan dan menambah ilmu, dia mengambil keputusan menghadiri kelas menghias kek .
“Saya tidak pandai untuk menghasilkan kek yang cantik, jadi peluang berkenalan dengan seorang kawan yang mahir dalam menghias kek tidak dilepaskan begitu sahaja.
“Setiap minggu pasti ada tempahan sama ada daripada pe-langgan tetap atau baharu sehingga ada ketikanya terpaksa menolak tempahan,” katanya yang bercita-cita untuk membuka kedai kek sendiri satu hari nanti.
Ujar Lia lagi, dia lebih memberi keutamaan kepada kualiti dan menjaga kepercayaan yang diberikan daripada pelanggan.
“Jika tidak mampu menyiapkan tempahan, lebih baik saya menolaknya dengan cara yang baik,” katanya yang juga suka kepada aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung.
Tambahnya, aktiviti itu dilakukan pada setiap hujung minggu bersama rakan-rakan untuk melihat keindahan alam semula jadi.










