LIVERPOOL 22 Julai – Pengendali Liverpool, Jurgen Kloop mempertahankan tindakan The Reds yang berbelanja besar musim baharu ini bagi mendapat barisan pemain terbaik.
Kelab itu dilihat lebih agresif membeli pemain pada jendela baharu ini dan merekodkan sejarah baharu dengan perbelanjaan lebih 170 juta pound (RM906.6 juta) keseluruhan Khamis lalu.
Liverpool mencatat rekod dunia dengan membeli penjaga gol Brazil, Alisson Becker dengan nilai 65 juta pound (RM346.6 juta).
Sebelum ini Klopp turut mendapatkan Naby Keita, Fabinho dan Xherdan Shaqiri, malah Liverpool juga turut memecah rekod dunia dengan membeli pemain pertahanan tengah Southampton, Virgil van Dijk.
Tindakan ‘perbelanjaan mewah’ itu mengundang tanda tanya kepada Klopp selepas dia mengkritik Manchester United ketika membeli Paul Pogba (RM466.87 juta) pada tahun 2016.
“Kelab lain boleh keluar dan berbelanja besar dan mengumpul pemain. Saya mahu melakukannya dengan cara berbeza.
Namun kini, Klopp tersenyum apabila berdepan dengan situasi yang lebih kurang sama.
“Kami tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling, seperti Manchester United tidak peduli apa yang saya cakap. Ia hanya satu pandangan ketika itu. Adakah saya menukar pandangan sendiri? Ya, memang betul tetapi lebih baik menukar pandangan anda daripada tidak pernah berpeluang membuatnya.
“Apa sahaja yang orang kata, terus dan terus… saya berdepan dengan hari yang teruk dalam hidup dan perkara buruk. Saya baik sahaja. Kami mempunyai pemain yang diinginkan.
“Itulah masalah pada hari ini. Apa sahaja yang cakap mengarut, tiada siapa yang lupa. Tetapi ia masih benar. Saya tidak boleh bayangkan dunia akan berubah seperti dua tahun lalu. 100 juta pound (RM533 juta) nombor yang gila, sejak itu dunia berubah sepenuhnya,” jelasnya. – AGENSI










