Inter Milan yakin Icardi, Perisic kekal di San Siro - Utusan Malaysia

Inter Milan yakin Icardi, Perisic kekal di San Siro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN – Ketua jurulatih Inter Milan, Luciano Spalletti menyuarakan keyakinan bahawa dua bintang pasukannya, Mauro Icardi dan Ivan Perisic akan kekal di San Siro pada musim depan.

Sebagai rekod, dua ‘ayam tambatan’ skuad Nerazzuri itu menjadi rebutan pada jendela perpindahan ketika ini khususnya Icardi yang menarik perhatian gergasi La Liga, Real Madrid.

Sementara itu, Perisic pula menjadi buruan kelab besar Liga Perdana England (EPL), Manchester United buat tahun kedua berturut-turut dan sahamnya terus meningkat susulan aksi cemerlang yang dipamerkan bersama Croatia dalam kempen Piala Dunia 2018 baru-baru ini.

Namun, Spalletti optimis kedua-dua pemain tersebut akan kekal memandangkan pasukannya telah mengesahkan kelayakan secara merit ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

“Saya tidak menafikan kedua-dua pemain tersebut adalah sandaran pasukan kami pada musim lepas untuk melayakkan diri dalam kancah Liga Juara-Juara. Mereka adalah pemain profesional yang meningkatkan karakter juara dalam pasukan ini.

“Secara peribadi, saya telah berbincang dengan Ivan (Perisic) mengenai masa depannya tetapi apa yang saya boleh katakan bahawa dia masih berminat untuk kekal di San Siro.

“Cuma, selepas Piala Dunia dia sedikit kepenatan dan mungkin kami akan memberikannya kontrak baharu bersama Icardi sebelum musim baharu bermula,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Spalletti turut mengakui sedang mem­buru pertahanan antarabangsa Croatia yang beraksi bersama pasukan Atletico Madrid, Sime Vrsaljko.

“Vrsaljko merupakan tonggak pertahanan yang cukup hebat, namun tugas untuk memberi tawaran bukanlah tanggungjawab saya. Segalanya bergantung pada Pengarah sukan kami, Piero Ausilio,” kata­nya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN