Catat rekod himpun 361 ekor anjing Golden Retriever - Utusan Malaysia

Catat rekod himpun 361 ekor anjing Golden Retriever

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOMICH, Scotland – Sekumpulan ahli kelab anjing di sini berjaya mengumpulkan sejumlah 361 ekor anjing jenis Golden Retriever dalam satu acara baru-baru ini.

Kelab Golden Retriever Scotland (GRCS) menganjurkan perhimpunan itu di Rumah Guisachan, Inverness-shire, dekat sini sempena meraikan ulang tahun ke-150 pembiakan pertama anjing tersebut oleh Lord Tweedmouth pada abad ke-19.

Pengerusi GRCS, Doreen McGugan berkata, pada tahun 2006, acara itu berjaya menghimpunkan 188 ekor anjing diikuti 222 ekor pada 2016 dan 361 ekor tahun ini.

“Kami berjaya memecah rekod pada ulang tahun ke-150 pembiakan anjing Golden Retriever ini,” katanya.

Pada perhimpunan itu, setiap ekor anjing dipakaikan tali leher berwarna biru selain rantai khas bagi memastikan haiwan itu tidak tertukar pemilik disebabkan rupanya yang sama.

Antara peminat terkenal anjing ini ialah selebriti Hollywood, Oprah Winfrey dan aktor Andrew Garfield.

Menurut Wikipedia, Golden Retriver merupakan anjing kelima paling popular yang dibiakkan melalui pendaftaran iaitu sebanyak 92,994 ekor di seluruh dunia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN