[VIDEO] Pokok tumbang hempap empat kenderaan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pokok tumbang hempap empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Hujan lebat dan ribut kencang yang melanda ibu negara hari ini menyebabkan empat kereta rosak di hempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Lapangan Terbang Subang, Subang Jaya dekat sini.

VIDEO MEDIA SOSIAL

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Operasi Logistik dan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor, Leftenan Mohd. Hairi Ibrahim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian oleh seorang wanita yang berada di lokasi kira-kira pukul 5.26 petang.

Ujarnya, susulan itu, tujuh anggota bersama dua Unit Chainsaw bergegas ke lokasi.

“Kejadian tersebut membabitkan sebatang pokok besar yang berada di bahu jalan tumbang lalu menghempap empat kenderaan yang kebetulan melalui kawasan itu.

“Bagaimanapun, kesemua pemandu dan penumpang tidak mengalami kecederaan kerana sempat keluar dari kenderaan masing-masing. Kejadian itu juga menyebabkan jalan agak sesak,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN