SWM rai 30 kanak-kanak Yayasan Kasih Sayang - Utusan Malaysia

SWM rai 30 kanak-kanak Yayasan Kasih Sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 30 Mei – Seramai 30 kanak-kanak dari Yayasan Kasih Sayang, Kuala Pilah hari ini dibawa membeli-belah dan berbuka puasa anjuran SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM), di sini hari ini.

Pengurus SWM Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan, Dr. Al’Ashari Othman berkata, pada program SWM Kasih Santun Ramadan itu, syarikat tersebut membelikan pakaian dan keperluan hari raya untuk kanak-kanak tersebut.

Ujarnya, dengan cara itu, anak-anak yatim, asnaf dan saudara baharu itu dapat merasai kegembiraan bagi menyambut Syawal tidak lama lagi.

“Selain memberi keceriaan, kanak-kanak yang terlibat dapat merasai sendiri pengalaman membeli-belah kelengkapan hari raya seperti orang lain,” katanya.

Al’Ashari berkata, selepas membeli-belah mereka dibawa berbuka puasa di d’Tempat Country Club, Sendayan, di sini.

Ujarnya, penganjuran aktiviti itu dapat memberi harapan kepada mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih gembira menjelang hari raya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN