Projek HSR tidak efisien - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Projek HSR tidak efisien – Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan adalah tidak efisien untuk projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) diteruskan hanya untuk membuka kira-kira 100,000 peluang pekerjaan.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan projek berkenaan adalah tidak cekap kerana melibatkan perbelanjaan kos antara RM60 bilion sehingga RM100 bilion.

“Kita hendak belanja RM60 bilion sehingga RM100 bilion untuk 100,000 orang dapat bekerja adalah tidak efisien, kita akan tetap membuat kajian,” katanya ketika ditanya pemberita selepas majlis berbuka puasa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Dr. Mahathir hari ini dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet mengumumkan keputusan pembatalan projek HSR tetapi tertakluk perbincangan dengan Singapura.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman Facebook miliknya hari ini mempersoalkan kewajaran pembatalan HSR kerana projek itu dijangka mewujudkan 110,000 peluang pekerjaan dan ia diunjurkan meningkat sehingga 442,000 menjelang 2069.

Selain itu, Najib yang juga mempersoalkan kenapa kerajaan menganggarkan projek berkenaan pada kos RM110 bilion sedangkan Jawatankuasa bersama Malaysia–Singapura, sehingga awal tahun ini mengunjurkan kosnya kira-kira RM72 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN