PM anjur majlis buka puasa - Utusan Malaysia

PM anjur majlis buka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Mei – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan majlis berbuka puasa bersama menteri-menteri Kabinet, menteri-menteri besar, duta serta pesuruhjaya asing dan pegawai-pegawai kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Pada majlis itu, Dr. Mahathir turut menunai solat Maghrib, Isyak serta sunat tarawikh bersama kira-kira 600 hadirin.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama, Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN