Malaysia sah tarik diri semakan keputusan Pulau Batu Puteh - Utusan Malaysia

Malaysia sah tarik diri semakan keputusan Pulau Batu Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Malaysia sah menarik diri daripada semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan keputusan pada tahun 2008 melibatkan kedaulatan Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Menurut laporan Channel News Asia yang memetik kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA), kementerian tersebut telah dimaklumkan oleh ICJ mengenai keputusan Malaysia bagi menggugurkan dua semakan kes berhubung perkara tersebut.

Katanya, Malaysia telah pun memaklumkan kepada ICJ Isnin lalu untuk tidak meneruskan prosiding yang dimulakan sebelum ini.

“Singapura pula telah membalas dengan memaklumkan kepada ICJ bahawa negara berkenaan bersetuju terhadap permintaan Malaysia untuk tidak meneruskan prosiding, semalam.

“Sebelum itu, Peguam Cara Malaysia juga telah menulis surat kepada Peguam Negara Singapura berhubung hasrat Malaysia untuk tidak meneruskan prosiding itu dan Peguam Negara Singapura telah menjawab bagi memaklumkan akan persetujuan Singapura,” kata kementerian itu.

Kenyataan berkenaan hadir sejurus selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada semakan keputusan ICJ mengenai kedaulatan Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh yang dicabar semula oleh pentadbiran kerajaan terdahulu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN