KKM keluarkan tiga notis kesalahan terhadap Restoran Raj's Banana Leaf - Utusan Malaysia

KKM keluarkan tiga notis kesalahan terhadap Restoran Raj’s Banana Leaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan tiga notis kesalahan terhadap restoran makanan daun pisang, Raj’s Banana Leaf di sini, selepas tersebar satu video pekerjanya mencuci pinggan dengan menggunakan air lopak di tepi jalan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan siasatan ke atas restoran tersebut.

“Kementerian sangat memandang serius akan perkara ini dan mengeluarkan tiga notis di bawah 32B Akta Makanan 1983 di atas kesalahan pengendali makanan yang tidak mempunyai suntikan pelalian anti tifoid dan tidak menghadiri latihan pengendali makanan, restoran yang tidak berdaftar dengan KKM serta kegagalan premis makanan bebas daripada makhluk perosak,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan premis makanan secara rutin.

“Dari tahun 2016 hingga kini, sebanyak 289,919 pemeriksaan premis makanan di seluruh negara telah dijalankan dimana 5,587 atau 2 peratus premis makanan tidak bersih termasuk restoran dan kedai makan telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN