ALOR SETAR 30 Mei – Kerajaan negeri Pakatan Harapan hari ini memutuskan untuk memotong gaji asas Menteri Besar dan semua Exco sebanyak 10 peratus berkuatkuasa bulan ini.
![]() |
|
MUKHRIZ
|
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu ditetapkan dalam Mesyuarat Exco, di sini hari ini.
“Ia sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan dan prihatin terhadap masalah kewangan negeri.
“Sesungguhnya, pimpinan kerajaan negeri bersama-sama dengan rakyat yang ketika ini menanggung pelbagai bebanan dan tanggungan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Katanya, keputusan sebulat suara ini juga selari dengan ketetapan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa gaji asas Jemaah Menteri dipotong 10 peratus berkuatkuasa serta merta. – UTUSAN ONLINE











