KUALA LUMPUR 30 Mei – Sebanyak 49 buah negara seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam program World #QuranHour yang akan diadakan pada 7 Jun hadapan.
![]() |
|
|
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin berkata, setakat hari ini sahaja penyertaan yang diterima amat menggalakkan dan menyasarkan lebih 50 negara akan menyertai World #QuranHour.
“World #QuranHour pada tahun ini merupakan kempen membentuk sebuah landasan solidariti ummah seluruh dunia di bawah naungan Al-Quran.
“Ia juga diharap menjadi komitmen bersama seluruh dunia untuk melakukan transformasi diri ke arah lebih baik sekali gus mewujudkan persekitaran ummah yang penuh kasih sayang,” katanya dalam sidang akhbar World #QuranHour di sini hari ini.
Program tahun ketiga itu dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan akan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada 7 jun hadapan. – UTUSAN ONLINE











