Trump akui perang Iran punca kekalahan partinya - Utusan Malaysia

Trump akui perang Iran punca kekalahan partinya

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengaku perang yang diarahkan olehnya terhadap Iran sebahagiannya menjadi punca kekalahan besar Parti Republikan pimpinannya dalam pilihan raya pertengahan penggal semalam.

Masih belum jelas langkah yang akan diambil Trump selepas kedudukannya melemah dari segi politik apabila Demokrat berjaya menguasai kedua-dua Senat dan Dewan Perwakilan dalam pengundian Selasa.

Pemimpin AS itu juga masih terperangkap antara keinginan menamatkan perang dengan Iran menerusi diplomasi  yang melonjakkan harga petrol secara mendadak bagi pengundi Amerika  dan ancamannya untuk menamatkan terus konflik dengan Teheran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Trump kini berada dalam keadaan tersepit. Peningkatan ketegangan tidak menawarkan laluan jelas kepada kemenangan dan berisiko semakin merosakkan kepresidenannya, manakala diplomasi menawarkan kemungkinan jalan keluar,” kata Felo Kanan Bukan Pemastautin di Pusat Dasar Antarabangsa, Sina Toosi.

“Kongres baharu yang dikuasai Demokrat juga akan mempunyai kuasa pengawasan dan pembiayaan yang besar mulai Januari, sekali gus semakin mengehadkan pilihannya,” kata Toossi kepada AFP.

Trump mengaku pada Rabu bahawa sebahagian besarnya benar perang Iran dan harga bahan api yang tinggi akibat konflik itu menyebabkan kekalahan besar Republikan.

Bagaimanapun, Toossi menegaskan, mengulangi kenyataan serupa selepas pusat pengundian ditutup pada Selasa, bahawa Trump akan melakukannya sekali lagi meskipun mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya.

Teheran membalas serangan AS-Israel terhadap Iran sejak akhir Februari dengan menyekat Selat Hormuz, laluan penting bagi transit tenaga global. 

Tindakan itu menyebabkan harga minyak melonjak. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini