Media Mulia tidak tutup operasi

Media Mulia tidak tutup operasi

MEDIA Mulia akan melaksanakan penilaian terhadap model perniagaan susulan perubahan landskap dalam industri media.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) menegaskan bahawa syarikat tidak menutup operasinya.

Kenyataan dikeluarkan 2 November lalu telah menjelaskan bahawa syarikat sedang melaksanakan usaha merombak model perniagaan susulan perubahan landskap industri media yang berlaku bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Perubahan ini turut memberi kesan kepada organisasi media antarabangsa. Sebagai contoh, The Washington Post telah mengurangkan kira-kira 30 peratus daripada tenaga pekerja, manakala BBC pula mengumumkan cadangan pengurangan sekitar 1,800 jawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam menghadapi cabaran semasa ini, Media Mulia memilih pendekatan yang lebih berhemah dan tidak mengambil keputusan drastik. 

⁠Melalui Skim Program Cuti Berbayar selama tiga bulan, syarikat telah mengenal pasti sebahagian daripada kakitangan yang terlibat dalam program ini, dengan mereka terus menerima gaji penuh sepanjang tempoh tersebut.

Tempoh tiga bulan ini akan memberikan ruang kepada syarikat untuk membuat penilaian menyeluruh terhadap kedudukan operasi, struktur organisasi dan keperluan sumber manusia sebelum menentukan langkah seterusnya.

Sebarang tindakan selepas tempoh tersebut, jika diperlukan, akan dilaksanakan mengikut ketetapan undang-undang dan Akta Pekerja yang berkuat kuasa.

Salah satu matlamat utama transformasi ini adalah memperkukuhkan kandungan dan platform digital Media Mulia.

 Media Mulia kekal komited  untuk meneruskan operasi, memperkukuh perniagaan dan memastikan legasi Utusan Malaysia serta Kosmo! terus berkembang dalam landskap media baharu.

Sehingga kini syarikat telah berjaya meningkatkan pembaca melalui saluran digital mencecah lebih dari tiga juta pembaca.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini