Purata harga beras meningkat di Indonesia - Utusan Malaysia

Purata harga beras meningkat di Indonesia

PURATA harga beras di semua peringkat meningkat untuk bulan Oktober. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Harga purata beras di Indonesia meningkat pada semua peringkat runcit, borong dan pengilangan pada Oktober 2026, menurut Badan Pusat Statistik (BPS) pada Isnin.

Menurut badan itu,  purata harga runcit beras kini mencecah Rp15,765 (RM3.52) sekilogram.

Harga purata borong pula sebanyak Rp14,994 (RM3.35) sekilogram, manakala harga di peringkat pengilangan mencapai Rp14,365 (RM) sekilogram.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Ketua BPS bagi Statistik Pengedaran dan Perkhidmatan, Ateng Hartono berkata, angka berkenaan merupakan harga purata bagi pelbagai kategori kualiti beras dan wilayah di seluruh Indonesia.

“Harga beras yang kami laporkan merupakan harga purata merangkumi pelbagai gred kualiti dan semua wilayah di Indonesia,” katanya pada sidang media BPS di Jakarta, menurut laporan Antara.

Pengiraan harga runcit itu meliputi 150 daerah dan bandar raya yang termasuk dalam tinjauan Indeks Harga Pengguna (IHP) sejak Januari 2024.

Pada peringkat pengilangan, harga purata beras meningkat 0.26 peratus bulan ke bulan dan 6.89 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2026.

Kenaikan itu melibatkan beras premium dan sederhana. 

Harga beras premium di peringkat pengilangan meningkat 0.01 peratus bulan ke bulan dan 11.32 peratus tahun ke tahun.

Sementara itu, harga beras sederhana meningkat 0.35 peratus bulan ke bulan dan 5.57 peratus tahun ke tahun.

“Purata keseluruhan harga beras di peringkat pengilangan pada Oktober 2026 meningkat 0.26 peratus bulan ke bulan dan 6.89 peratus tahun ke tahun,” kata Ateng.

Pada peringkat borong, harga purata beras meningkat 0.01 peratus bulan ke bulan dan 5.13 peratus tahun ke tahun. 

Sementara itu, di peringkat runcit pula, harga meningkat 0.08 peratus bulan ke bulan dan 4.10 peratus tahun ke tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini