Manfaatkan bantuan persekolahan sebaiknya

Manfaatkan bantuan persekolahan sebaiknya

BANTUAN persekolahan perlu digunakan untuk keperluan anak-anak dan dimanfaatkan sebaiknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELANJAWAN 2027 Malaysia dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  pada 9 Oktober lalu pastinya melegakan ibu bapa penjaga murid seluruh negara.

Anwar yang juga  Menteri Kewangan mengumumkan hampir RM69 bilion kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk peruntukan pembaikan sekolah serta hampir RM1.3 bilion untuk menaik taraf 682 sekolah daif di seluruh negara.

Sementara itu, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 mulai tahun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertambahan RM50 ini kena pada masanya bagi membantu meringankan beban ibu bapa penjaga pada sesi persekolahan akan datang.

Diharapkan ibu bapa penjaga dapat menggunakan bantuan tersebut dengan sebaik mungkin. 

Jangan lagi ada anak-anak hadir ke sekolah dalam keadaan tidak lengkap peralatan sekolah. 

Ibu bapa penjaga tidak perlu membeli pakaian berjenama untuk bersaing sesama sendiri. 

Ukurlah baju di badan sendiri. Ibu bapa penjaga juga dinasihatkan tidak menggunakan duit tersebut untuk tujuan lain selain membeli kelengkapan sekolah anak-anak terlebih dahulu. 

Andai ada lebihan, terserahlah kepada kebijaksanaan masing-masing. Buatlah tabungan untuk kegunaan masa depan. 

Seperti bidalan Melayu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Bagi ibu bapa penjaga yang tidak berhajat mengambil wang bantuan atas faktor lebih berkemampuan, eloklah disumbangkan secara sukarela kepada tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

Sekurang-kurangnya tabung PIBG mempunyai dana untuk membantu program kecemerlangan sekolah dalam kurikulum dan kokurikulum. –UTUSAN

 

CIKGU XGB,

Jerantut, 

Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini