Mahkamah Israel tolak pembebasan 14 doktor Gaza

Mahkamah Israel tolak pembebasan 14 doktor Gaza

PENYOKONG komuniti Palestin menyertai demonstrasi solidariti menggesa pembebasan Hussam Abu Safiya di Budapest.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Dua mahkamah Israel menolak petisyen bagi membebaskan 14 doktor Palestin yang ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan serta permohonan pemeriksaan perubatan bebas terhadap seorang pengarah hospital di Gaza.

Dalam keputusan berasingan bulan lalu, Mahkamah Daerah Lod turut menolak permohonan supaya Pengarah Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, Dr. Hussam Abu Safiya menjalani pemeriksaan perubatan bebas.

Kumpulan hak asasi itu berhujah penahanan doktor-doktor berkenaan, yang berlanjutan lebih dua tahun, melanggar hak mereka selain memburukkan lagi kekurangan tenaga perubatan yang serius di Gaza.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penilaian terhadap rekod perubatan penjara Hussam oleh Pakar Perubatan Dalaman dan Endokrinologi Israel, Dr. Amit Tirosh turut mengenal pasti beberapa perkara yang menurutnya tidak disiasat dengan sewajarnya.

Antaranya, penurunan berat badan drastik Hussam, kesan lebam di sekitar mata kirinya. siasatan tidak mencukupi terhadap aduan sakit dada serta kelewatan untuk mendiagnosis penyakit kudis buta walaupun rawatan berulang kali diminta. Tirosh turut mendapati paras hemoglobin Hussam menurun antara Februari hingga Julai 2026.

Sekitar tempoh sama, Hussam memberitahu peguamnya, pengawal penjara menumbuk, menendang dan memukulnya menggunakan belantan. Beliau turut mengalami kesukaran bernafas serta masalah penglihatan. Peguamnya memperincikan dakwaan itu dalam afidavit bersumpah.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel mendakwa beliau memanipulasi keadaan kesihatannya, menubuhkan organisasi di dalam penjara, mempengaruhi tahanan lain serta mengekalkan hubungan antarabangsa. Kempen antarabangsa bagi menuntut pembebasannya turut disebut dalam dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah.

PHRI berkata, rekod perubatan penjara dan penilaian Tirosh mencabar dakwaan Hussam memanipulasi keadaan kesihatannya.

Kumpulan itu turut mempersoalkan bagaimana beliau boleh menubuhkan organisasi atau mempengaruhi tahanan lain sedangkan doktor berkenaan pernah ditempatkan dalam pengasingan bermula Jun 2026 dan kini ditahan bersama hanya seorang lagi tahanan, tanpa akses kepada banduan lain.

Keputusan mahkamah itu tidak menyatakan organisasi yang didakwa ditubuhkan oleh Hussam atau menjelaskan bagaimana beliau boleh melakukannya dalam keadaan sedemikian.

Semalam, Israel turut bertindak kejam menyerang Kompleks Perubatan Nasser, satu-satunya hospital pembedahan di Gaza, mengakibatkan sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh dan 52 lagi cedera, selain menyebabkan kerosakan besar pada jabatan pembedahan serta unit rawatan rapi (ICU) pusat perubatan berkenaan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini