Askar AS kongsi video Iran serang pangkalan persinggahan utama tentera Amerika di Kuwait - Utusan Malaysia

Askar AS kongsi video Iran serang pangkalan persinggahan utama tentera Amerika di Kuwait

KEROSAKAN berlaku akibat serangan iran di Kem Buehring, Kuwait. - YouTube/CBS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON:  Video yang dikongsi anggota tentera Amerika Syarikat (AS) menunjukkan beberapa dron menjunam ke Kem Buehring, kemudahan persinggahan utama Tentera Darat Amerika di Kuwait yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan Iraq, selain kerosakan pada bangunan serta peralatan ketenteraan

Memuatkan artikel berkaitan…

Serangan Iran itu memaksa tentera AS meninggalkan pangkalan itu pada peringkat awal perang Amerika-Israel terhadap Iran, menurut rakaman yang baru dikeluarkan dan keterangan anggota tentera Amerika yang diperoleh CBS News serta diterbitkan semalam.

Menurut CBS, pihaknya mengesahkan ketulenan rakaman itu menggunakan metadata yang terkandung di dalam fail dan imej kerosakan selepas serangan.

Pangkalan itu berulang kali diserang peluru berpandu balistik dan dron Iran selepas permusuhan bermula pada 28 Februari. 

Seorang anggota tentera Amerika turut memberitahu CBS bahawa pesawat pejuang F-5 Iran menjalankan misi menyerang pangkalan itu.

“(Pesawat itu) begitu dekat dengan kami sehingga saya dapat melihat helmet mereka,” katannya.

Kerosakan pada bangunan dan peralatan ketenteraan turut dapat dilihat dalam video berkenaan.

Serangan ke atas Kem Buehring memberikan gambaran mengenai tekanan yang dihadapi tentera Amerika akibat serangan Iran pada hari-hari awal perang. 

CBS News difahamkan bahawa askar yang mempertahankan pangkalan itu hampir kehabisan peluru berkaliber .50 ketika sebahagian anggota dipindahkan ke Gurun Udari di Kuwait. 

Dua askar cedera akibat disambar petir di kawasan itu pada akhir April, menurut pegawai Amerika yang mengetahui perkara berkenaan.

Apabila dihubungi CBS News, Markas  Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), unit utama yang menyelia operasi ketenteraan Amerika di seluruh Asia Barat, enggan mengulas.

Jabatan Pertahanan atau lebih dikenali sebagai Pentagon juga tidak memberikan ulasan, sebaliknya merujuk kepada kenyataan Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth pada 4 Mac mengenai pengunduran tentera Amerika dari pangkalan dan pelaksanaan langkah pertahanan.

“Ketika kami meningkatkan keupayaan tempur ofensif, kami memindahkan sebahagian besar tentera Amerika yang berada di pangkalan kami seperti yang kami katakan, keluar daripada zon X, iaitu di luar jarak tembakan Iran,” kata Hegseth kepada pemberita pada Mac. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini