10 pendaki hilang runtuhan salji di puncak Himlung Nepal

10 pendaki hilang runtuhan salji di puncak Himlung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 10 pendaki dan pemandu tempatan dilaporkan hilang selepas runtuhan salji melanda kem pangkalan puncak Himlung di tengah Nepal awal pagi Ahad, menurut penganjur ekspedisi.

Negara Himalaya itu masih berdepan kesan banjir dahsyat seperti tsunami pada 26 Ogos lalu yang mengorbankan lebih 1,400 orang dan menyebabkan lebih 6,000 lagi dilaporkan hilang.

Puncak Himlung setinggi 7,126 meter yang terletak berhampiran sempadan Tibet, dilanda salji lebat selama beberapa hari sebelum runtuhan itu berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut anggota Himalaya Holidays Trekking, Bibhuti Chand Thakur, dua helikopter dan pasukan mencari serta menyelamat berada dalam keadaan bersiap sedia, namun belum dapat digerakkan akibat cuaca buruk.

“Lapan anggota pasukan ekspedisi kami dan dua lagi dari syarikat lain dilaporkan hilang,” kata Thakur sambil menambah kesemua yang hilang adalah warga Nepal.

Nepal mempunyai lapan daripada 14 puncak tertinggi di dunia, manakala pendaki asing yang datang beramai-ramai ke kawasan pergunungannya menjadi sumber pendapatan utama bagi negara yang sebahagian besarnya bergantung kepada sektor luar bandar itu.

Nepal mengeluarkan lebih 500 permit untuk musim pendakian musim luruh, dengan Gunung Manaslu, gunung kelapan tertinggi di dunia, menerima sebahagian besar permit berkenaan.

Salji lebat di Manaslu minggu ini memaksa pendaki membatalkan ekspedisi mereka.

Aktiviti pendakian ke banjaran Gunung Dhaulagiri turut dihentikan sementara.

Beberapa kawasan di Nepal juga dilanda hujan lebat sejak Khamis yang menghanyutkan jalan raya dan mencetuskan kejadian tanah runtuh.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×