Kawasan ‘kubur’ paus terbesar di dunia ditemukan - Utusan Malaysia

Kawasan ‘kubur’ paus terbesar di dunia ditemukan

KAWASAN ‘perkuburan’ ikan paus terbesar di dunia ditemukan di Lautan Hindi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Saintis China menemukan tanah perkuburan ikan paus terbesar di dunia di dasar Lautan Hindi. Ia mengandungi ratusan bangkai paus baharu dan purba dan menjadi habitat kepada pelbagai hidupan laut dalam.

Menurut kajian diterbitkan dalam jurnal Nature kelmarin, penemuan itu turut dikenal pasti sebagai tanah perkuburan paus paling dalam dan tertua pernah direkodkan, dengan sebahagian fosil dianggarkan berusia sehingga 5.3 juta tahun.

Pasukan penyelidik menemukan hampir 500 rangka paus pada kedalaman sehingga 7,000 meter di sepanjang koridor tulang. Koridor tulang itu adalah sepanjang 1,200 kilometer (km) di Lautan Hindi, barat Australia.

Kajian itu juga mengenal pasti satu spesies paus baharu yang telah pupus dalam kalangan rangka ditemukan.

Pemerhatian dilakukan menggunakan kapal selam kecil yang membawa penyeli­dik ke dasar laut bagi mengka­ji kawasan itu. Mereka turut menemukan pelbagai spesies hidupan laut aneh, termasuk beberapa yang dipercayai belum direkodkan oleh sains.

Antara haiwan yang ditemuukan hidup dengan bangkai tersebut termasuk ubur-ubur, cacing, siput, krustasea, bintang rapuh dan moluska yang dikenali sebagai bivalvia.

Penulis utama kajian, Xiaotong Peng dari Akademi Sains China berkata, pasukan penyelidik terkejut dan kagum apabila menyedari skala sebenar penemuan tersebut.

Saintis menjelaskan apabila paus mati dan tenggelam ke dasar laut, bangkai haiwan itu menjadi sumber makanan pen­ting kepada hidupan yang tinggal di dasar laut.

“Penemuan sebuah nekropolis sebesar ini langsung tidak dijangka, keluasan taburan, kedalaman dan julat usianya jauh melebihi apa yang kami bayangkan,” kata Peng.

Berdasarkan jumlah tulang yang ditemukan, kebanyakannya daripada paus paruh dan saintis menganggarkan terdapat lebih 10 juta bangkai di seluruh kawasan yang dikenali sebagai Zon Diamantina.

Para penyelidik mempunyai beberapa teori mengapa begitu banyak paus mati di koridor tersebut, termasuk kawasan itu yang dipercayai menjadi laluan mencari makan utama. – AGENSI/AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN