Masalah enjin punca pesawat mendarat di lebuh raya - Utusan Malaysia

Masalah enjin punca pesawat mendarat di lebuh raya

SEBUAH pesawat kecil terpaksa mendarat di sebuah lebuh raya kerana masalah enjin. - LV Fire Scene
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah pesawat kecil terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di sebuah lebuh raya antara negeri, menyebabkan pemandu terkejut.

Pesawat itu berlepas dari New Jersey pada pagi Sabtu dalam perjalanan ke Indiana apabila juruterbang melaporkan masalah enjin, menurut ABC7.

Rakaman transmisi radio mendedahkan juruterbang awalnya enggan mendarat di lebuh raya, namun tiada pilihan selain melakukan pendaratan cemas tersebut.

Video mengejutkan daripada kamera pemuka saksi menunjukkan pesawat itu meluncur di udara sebelum mendarat di Lebuh Raya 78 di Allentown.

Semasa menghampiri lebuh raya, pesawat itu bergoyang ke kiri dan kanan sebelum mendarat dengan selamat.

Sementara itu, di dalam pesawat terdapat seorang juruterbang berumur 65 tahun dari Michigan dan seorang penumpang wanita berusia 34 tahun dari New Jersey.

Kedua-dua penumpang dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan dan tiada pemandu di jalan raya yang tercedera.

“Juruterbang mendarat di dua lorong. Sayapnya hampir dari bahagian tengah ke rumput di seberang,” menurut seorang saksi, Victor Machese.

Ketua Bomba Sukarelawan Weisenberg, Justin Oswald berkata, pelbagai agensi kecemasan segera bertindak untuk membantu di lokasi kejadian.

“Ini mungkin hasil terbaik untuk insiden seperti ini yang dapat kita lihat,” katanya kepada ABC7.

Pesawat itu ditunda ke lapangan terbang berhampiran di Allentown, dengan beberapa kenderaan mengiring untuk membersihkan jalan, manakala yang lain menutup lorong keluar bagi mengawal trafik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN