Sektor pelancongan Hat Yai perlu dua bulan untuk pulih

Sektor pelancongan Hat Yai perlu dua bulan untuk pulih

KEADAAN Hat Yai, Thailand selepas dilanda banjir terburuk dalam tempoh 100 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAT YAI: Persatuan Industri Pelancongan Halal Thai-ASEAN (TAHTA) menjangkakan sektor pelancongan di Hat Yai memerlukan tempoh dua bulan untuk pulih sepenuhnya selepas banjir buruk melanda kawasan itu sejak 22 November lalu.

Presidennya, Aida Oujeh berkata, banjir terburuk dalam tempoh lebih 100 tahun itu menyebabkan sektor pelancongan di bandar ini lumpuh.

Katanya, anggaran kerugian awal dari segi kemasukan pelancong ke Hat Yai sepanjang tempoh enam hari banjir melanda kawasan itu mencecah RM3.86 juta.

“Jumlah itu hanya dari segi kemasukan pelancong, bukan kerugian keseluruhan sektor pelancongan seperti perniagaan dan kerosakan kawasan tumpuan.

“Kalau nak kira semua sekali kerugian sektor pelancongan mungkin melebihi 100 juta baht (RM12.87 juta). Tapi sekarang ini pihak berkuasa sedang membuat penilaian kerugian sepenuhnya,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Aida yang juga pemilik agensi pelancongan, Aida World Tour & Travel berpangkalan di sini bagaimanapun berkata, sudah ada rakyat Malaysia yang menempah percutian dengan syarikatnya untuk lawatan pada Februari dan Mac tahun depan.

“Syarikat saya sendiri mengalami kerugian puluhan ribu ringgit apabila pejabat ditenggelami air sedalam tujuh meter. Paling dalam banjir di Hat Yai adalah 15 meter.

“Tetapi Alhamdulillah sejak semalam sudah ada kumpulan rakyat Malaysia yang menempah percutian dengan kami untuk lawatan pada Februari dan Mac tahun depan,” katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, beberapa syarikat agensi pelancongan di negeri ini berdepan kerugian selepas pe­langgan membatalkan kunju­ngan mereka ke Hat Yai, Thailand.

Keadaan itu susulan banjir terburuk dalam tempoh 100 tahun yang melanda kawasan wilayah itu bermula 22 November lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN