'Tiga kali dia hadir dalam mimpi aku, dia nak balik'

‘Tiga kali dia hadir dalam mimpi aku, dia nak balik’

HANI Othman bersama suami, Mohd. Fakhrul Munir semasa bercuti baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Aku tahu dia nak balik. Tiga kali dia hadir dalam mimpi aku, dia nak balik.”

Itulah luahan Hani Othman, isteri Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Fakhrul Munir Mohd. Isa menerusi hantaran di Facebook selepas hampir dua bulan suaminya gagal dihubungi susulan bencana di Nepal.

Menurut Hani, suaminya yang dikenali sebagai Loe amat mementingkan keselamatan dan mengutamakan nyawa, bukan sahaja dirinya tetapi juga orang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia akan berjuang habis-habisan untuk hidup,” katanya.

Pada 27 Ogos lalu, akhbar ini melaporkan, dua pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) antara rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan bencana banjir kilat di daerah Rasuwa, Nepal.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham berkata, selain Mohd. Fakhrul, seorang lagi pegawai terbabit ialah Mohd. Sani Harul dan kedua-duanya dalam perjalanan dari Kathmandu menuju ke sempadan Nepal-Tibet.

Mengimbas pengalaman suaminya ketika ke Everest sebelum ini, Hani berkata, Mohd. Fakhrul Munir pernah mengalami cirit-birit dan memilih untuk tidak meneruskan pendakian ke puncak demi keselamatannya.

“Kalau dia mahu meneruskan pendakian, dia boleh sampai ke puncak, tetapi dia akan kehilangan tenaga dan berisiko untuk mati ketika turun nanti.

“Jadi, dia memutuskan untuk tidak meneruskan pendakian walaupun sangat mahu sampai ke puncak kerana sudah berjanji dengan keluarga untuk pulang dengan selamat,” katanya.

Bagaimanapun, Hani berkata, perjalanan suaminya ke Nepal kali ini dianggap sebagai perjalanan santai dan bukannya pendakian berbahaya.

“Kali ini dia pergi ke Nepal, dia tidak berjanji dengan kami untuk pulang dengan selamat sebab perjalanan ini cuma perjalanan santai, bukan pendakian yang berbahaya.

“Tapi aku tahu dia nak balik. Tiga kali dia hadir dalam mimpi aku. Dia nak balik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini