Pantai Australia ‘berkilau’ akibat cahaya biru alga

Pantai Australia ‘berkilau’ akibat cahaya biru alga

FENOMENA alga berkilau di Pantai St. Kilda, Melbourne, Australia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Pantai St. Kilda di Melbourne, Australi, menjadi tumpuan ratusan pengunjung minggu ini apabila air laut dan pasir di kawasan itu disinari cahaya biru berkilau yang luar biasa pada waktu malam, hasil fenomena semula jadi bioluminescent algae.

Alga tersebut, dikenali sebagai Nocticula scintillans atau lebih popular dengan nama ‘sea sparkle’, mula dikesan pada Ahad lalu oleh Ahli Ekologi Marin, Richard Pensak yang juga merupakan penyelaras kumpulan alam sekitar tempatan, Earthcare St Kilda.

Menurut Pensak, fenomena itu kelihatan berbeza pada waktu siang dan malam. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada siang hari, alga ini kelihatan seperti gumpalan berwarna jingga kemerahan yang cerah. Namun apabila malam tiba, ia bertukar menjadi pemandangan yang menakjubkan, mencipta sinaran biru elektrik yang seakan ajaib,” katanya.

Tambah beliau, fenomena tersebut dilaporkan turut merebak ke sepanjang pesisir barat laut Melbourne.

Fenomena berkilau itu berlaku akibat tindak balas kimia apabila alga berkenaan terganggu, sama ada akibat gelombang air, pergerakan perenang, atau ancaman daripada pemangsa. 

Walaupun alga ini tidak berbahaya kepada manusia, kandungan ammonia yang tinggi dan keupayaan menurunkan paras oksigen boleh mengancam hidupan marin seperti ikan. 

Pensak menjelaskan fenomena semula jadi ini semakin kerap dan berlarutan sejak tahun 1990-an di mana kajian menunjukkan pemanasan lautan akibat perubahan iklim mendorong peningkatan kejadian ini. 

“Apabila suhu laut meningkat, lapisan air kurang bercampur, sekali gus mewujudkan keadaan yang menggalakkan pembiakan alga ini. Ia boleh menjadi petanda kesihatan lautan yang tidak stabil,” katanya.

Meskipun begitu, fenomena luar biasa itu terus menjadi tarikan pengunjung. 

“Ratusan orang datang ke St. Kilda setiap malam untuk menyaksikan pemandangan ini. Sebagai sebuah pantai bandar, kita jarang sekali berpeluang melihat keajaiban semula jadi seperti ini,” jelas Pensak. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×