Aurora borelis menawan terangi langit UK

Aurora borelis menawan terangi langit UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Fenomena Northern Lights atau Aurora menceriakan langit United Kingdom (UK) buat pertama kali musim luruh ini.

Warna terang aurora kelihatan dari Scotland utara, utara Wales hingga ke Norfolk dan Kent, susulan ribut solar kuat.

Pakar ramalan cuaca angkasa mengesan letupan di permukaan matahari dikenali sebagai lontaran jisim korona pada petang Isnin menerusi satelit yang kemudian mencetuskan amaran kemungkinan aurora.

Tenaga solar yang meningkat itu memasuki atmosfera Bumi lalu berinteraksi dengan oksigen dan nitrogen, menghasilkan warna ungu, hijau dan merah yang dikenali sebagai cahaya utara.

Pusat Cuaca Angkasa (Met Office) menjangkakan aktiviti solar ini boleh berterusan sehingga malam Selasa (waktu tempatan) dengan potensi mencapai tahap ribut G4, membolehkan aurora kelihatan di seluruh UK malah mampu dilihat dengan mata kasar.

“Orang ramai digalakkan untuk mengikuti maklumat terkini kerana ramalan boleh berubah dengan pantas,” kata pengurus cuaca angkasa Met Office, Krista Hammond.

Namun faktor utama untuk melihat fenomena ini adalah keadaan langit. Malangnya, pada malam Selasa awan dijangka menebal di England, Wales dan Ireland Utara bersama hujan lebat serta angin kencang.

Sebaliknya, Scotland dijangka menikmati langit lebih cerah lebih lama, memberikan peluang terbaik menyaksikan cahaya utara.

Pencemaran cahaya di kawasan bandar juga boleh menjejaskan kebolehlihatan fenomena ini.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Amerika Syarikat (AS) turut mengesahkan terdapat ribut geomagnet sederhana mencapai tahap G2 pada awal pagi Selasa.

Walaupun aurora kerap dilihat di kawasan utara UK, ribut solar lebih kuat diperlukan untuk menjadikannya kelihatan sehingga ke kawasan selatan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×