Skype ditamatkan selepas lebih dua dekad beroperasi - Utusan Malaysia

Skype ditamatkan selepas lebih dua dekad beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Skype iaitu aplikasi sembang dan panggilan internet ikonik yang dimiliki oleh Microsoft ditamatkan secara rasmi pada Isnin selepas berkhidmat selama lebih 22 tahun.

Aplikasi popular itu dibangunkan oleh sekumpulan jurutera dan kemudiannya diambil alih oleh Microsoft pada tahun 2011.

Pada 28 Februari lalu, Microsoft mengumumkan bahawa Skype telah mencapai penghujung hayat perkhidmatannya.

“Bermula Mei 2025, Skype tidak lagi akan tersedia,” menurut kenyataan rasmi syarikat itu.

Sebagai alternatif, Microsoft menasihatkan pengguna untuk log masuk ke Microsoft Teams versi percuma menggunakan akaun Skype mereka bagi mengekalkan akses kepada perbualan dan kenalan sedia ada.

Menerusi Teams, pengguna masih boleh menikmati fungsi utama yang ditawarkan Skype seperti panggilan dua hala, panggilan berkumpulan, pemesejan serta perkongsian fail.

Dalam kenyataan berasingan, Microsoft turut memaklumkan bahawa selepas 5 Mei 2025, pad dail Skype (Skype Dial Pad) masih akan tersedia kepada pengguna berbayar yang tinggal menerusi portal web Skype dan dalam platform Teams.

Skype pernah menjadi perintis dalam komunikasi digital global sejak awal 2000-an, namun popularitinya menurun sejak kemunculan pelbagai platform baharu seperti Zoom, WhatsApp dan Teams sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN