Israel sudah kuasai lebih 50 peratus kawasan di Semenanjung Gaza

Israel sudah kuasai lebih 50 peratus kawasan di Semenanjung Gaza

PENDUDUK Palestin sudah tidak mempunyai tempat lagi untuk berpindah selepas tentera Israel menguasai lebih separuh daripada Semenanjung Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel telah meluaskan penguasaannya di Semenanjung Gaza dengan ketara sejak menyambung semula perang terhadap Hamas bulan lepas.

Negara haram itu kini menguasai lebih 50 peratus wilayah tersebut sehingga memaksa rakyat Palestin ke kawasan yang semakin kecil dan padat.

Kawasan terbesar yang dikuasai tentera Israel terletak di sempadan Gaza, di mana rumah penduduk Palestin, tanah pertanian, dan infrastruktur dimusnahkan sehingga tidak boleh didiami, menurut kumpulan hak asasi manusia.

Zon penampan tentera ini telah menjadi dua kali ganda lebih besar dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Israel mendakwa penguasaan ini sebagai langkah sementara untuk memaksa Hamas membebaskan tebusan yang masih ditahan sejak serangan 7 Oktober 2023 yang mencetuskan perang.

Namun, kumpulan hak asasi manusia dan pakar memberi amaran tanah pendudukan Israel, termasuk koridor yang memisahkan utara dan selatan Gaza sebenarnya digunakan untuk mengawal wilayah itu dalam jangka panjang.

Minggu lalu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, walaupun selepas Hamas dikalahkan, Israel akan terus mengawal Gaza.

Pemusnahan berhampiran sempadan Israel dan perluasan zon penampan berlaku sejak perang bermula 18 bulan lalu, menurut lima askar Israel yang ditemubual Associated Press.

“Mereka musnahkan apa saja, mereka tembak semua yang kelihatan berfungsi dan mereka (rakyat Palestin) tidak akan ada apa-apa untuk kembali, mereka tidak akan kembali, tidak selama-lamanya,” kata seorang askar Israel yang bertugas dengan skuad pemusnah.

Mereka turut memberitahu, tentera Israel mengubah zon berkenaan menjadi tanah gersang yang luas.

“Melalui pemusnahan yang disengajakan, tentera meletakkan asas untuk kawalan Israel terhadap kawasan ini pada masa depan,” katanya.

Tentera Israel turut menguasai sebahagian tanah di Gaza yang dikenali sebagai Koridor Netzarim, yang memisahkan utara dari wilayah lain di jalur pantai sempit yang didiami lebih dua juta orang.

Apabila Israel menyambung semula perang, saiz zon penampan diluaskan dua kali ganda, mencecah sehingga 3 kilometer ke dalam Gaza.

Zon penampan dan Koridor Netzarim merangkumi sekurang-kurangnya 50 peratus Gaza, kata Yaakov Garb, profesor kajian alam sekitar di Universiti Ben Gurion.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN