Pengarah Hospital Kamal Adwan ditahan di Israel

Pengarah Hospital Kamal Adwan ditahan di Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr. Hussam Abu Safiya dipercayai dibawa ke kem tahanan Sde Teiman selepas serbuan ke atas hospital tersebut oleh tentera Israel Jumaat lalu.

Anaknya, Idrees Abu Safiya, memaklumkan kaki Hussam mengalami kecederaan teruk akibat serangan tersebut.

“Kami sangat bimbang dan tidak dapat tidur selama tiga hari kerana sehingga hari ini, kami tidak tahu di mana dia berada,” kata Idrees.

Sepanjang lebih 80 hari pengepungan dan serangan ke atas kem pelarian itu, Hussam berjaya memastikan hospital terus beroperasi.

Ketua jururawat hospital tersebut, Eid Sabbah memaklumkan, ramai kakitangan perubatan turut ditahan dan pada mulanya dibawa ke beberapa lokasi seperti dewan perkahwinan dan sekolah berhampiran, namun lokasi mereka kini tidak diketahui.

Israel mendakwa hospital itu digunakan oleh Hamas dan Jihad Islam, namun tidak memberi penjelasan mengenai lokasi penahanan Dr. Hussam atau kakitangan lain.

Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee mendakwa, serbuan tersebut telah menahan 240 pejuang dan memuat naik gambar di media sosial X yang menunjukkan sekumpulan lelaki diikat dan ditutup mata.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluahkan rasa terkejut dengan tindakan Israel yang mengakibatkan hospital utama di utara Gaza tidak lagi beroperasi.

Pesakit dan sebahagian kakitangan hospital telah dipindahkan ke Hospital Indonesia di Beit Lahia, walaupun hospital itu tidak berfungsi sepenuhnya dan kekurangan kemudahan asas.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, seramai 1,057 petugas kesihatan telah terkorban di Gaza sejak 7 Oktober 2023, manakala kumpulan advokasi Healthcare Workers Watch melaporkan 300 petugas telah ditahan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN