Israel hantar delegasi ke Qatar sambung rundingan tebusan

Israel hantar delegasi ke Qatar sambung rundingan tebusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel menghantar delegasi ke ibu negara Qatar pada Jumaat untuk menyambung semula rundingan perjanjian tebusan dengan Palestin di Gaza.

Pejabat Perdana Menteri Israel dalam kenyataan semalam berkata, Benjamin Netanyahu bersetuju untuk menghantar delegasi ke Doha bagi berbincang mengenai pembebasan tebusan Israel di Gaza.

Delegasi itu termasuk pegawai kanan tentera, agensi perisikan Mossad dan agensi keselamatan dalaman, Shabak, menurut kenyataan tanpa mendedahkan identiti wakil yang terlibat.

Kumpulan pejuang Hamas berulang kali menegaskan kesediaan untuk merundingkan pertukaran tahanan dan perjanjian gencatan senjata dengan Israel.

Mei lalu, kumpulan itu bersetuju dengan cadangan dikemukakan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Bagaimanapun, Netanyahu menolak cadangan itu dan menambah syarat baharu, termasuk meneruskan kempen ketenteraan serta keengganan untuk mengundurkan tentera dari Gaza.

Kumpulan pejuang Palestin bertegas untuk menghentikan sepenuhnya pertempuran dan mendesak pengunduran sepenuhnya tentera Israel.

Pemimpin pembangkang dan keluarga tebusan menuduh Netanyahu sengaja menghalang perjanjian untuk mengekalkan kedudukan politik.

Manakala menteri pelampau Israel, Itamar Ben-Gvir dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich mengancam untuk menggulingkan kerajaan Netanyahu jika gencatan senjata Gaza dipersetujui.

Tentera Israel meneruskan pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza dengan membunuh lebih 45,550 mangsa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan 7 Oktober 2023.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN