Al Jazeera kecam kempen hasutan Fatah di Tebing Barat

Al Jazeera kecam kempen hasutan Fatah di Tebing Barat

IBU pejabat Al Jazeera di Doha, Qatar.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Al Jazeera mengutuk ‘kempen hasutan’ yang dimulakan oleh Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) di Tebing Barat terhadap rangkaian media antarabangsa itu dan wartawannya, terutama Mohamad Atrash.

Rangkaian itu dalam satu kenyataan berkata, kempen ‘memalukan’ itu dilancarkan kerana liputannya mengenai pertempuran antara Pasukan Keselamatan Negara Palestin dan kumpulan pejuang Palestin di Jenin.

Ini selepas Fatah, yang mengawal Pihak Berkuasa Palestin (PA), mengumumkan larangan operasi Al Jazeera di wilayah Jenin kerana liputannya mengenai serbuan berterusan oleh pasukan keselamatan PA terhadap pejuang Palestin di daerah itu.

“Rangkaian ini kekal menjadi platform untuk pendapat dan profesional dalam liputan sahih serta tidak memihak.

Al Jazeera berjaya mengekalkan profesionalismenya sepanjang liputan mengenai peristiwa yang berlaku di Jenin,” kata rangkaian itu dalam satu kenyataan.

Al Jazeera menegaskan, kempen seperti itu boleh mendedahkan wartawannya kepada bahaya.

“Rangkaian ini meminta Fatah, Pasukan Keselamatan Negara Palestin dan institusi berkaitan PA bertanggungjawab atas sebarang bahaya yang mungkin menimpa Mohamad Atrash atau mana-mana wartawan Al Jazeera di Tebing Barat yang diduduki,” katanya.

Fatah menuduh Al Jazeera memainkan peranan ‘berbahaya’ melalui liputannya mengenai pertempuran, yang menyemarakkan perpecahan dan pergaduhan antara puak Palestin, menurut kenyataan diterbitkan portal berita Roya di Jordan pada Isnin.

Kumpulan itu juga menyeru rakyat Palestin di seluruh wilayah yang diduduki supaya tidak berurusan dengan rangkaian media tersebut.- AL JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN