70 pegawai rejim Assad diserahkan ke pentadbiran baharu Syria

70 pegawai rejim Assad diserahkan ke pentadbiran baharu Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Seramai 70 pegawai dari rejim Bashar Al-Assad yang digulingkan dilaporkan sudah diserahkan oleh pihak berkuasa Lubnan kepada pentadbiran baharu Syria.

Sumber tentera dari kerajaan baharu Syria semalam memaklumkan pegawai-pegawai tersebut ditahan di Lubnan selepas melarikan diri susulan kejatuhan rejim Assad pada awal Disember lalu.

Menurut laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA), para pegawai yang terdiri daripada pelbagai pangkat itu diserahkan kepada Direktorat Operasi Ketenteraan Syria di sempadan Arida, yang menjadi pintu masuk antara kedua-dua negara.

Penyerahan tersebut disaksikan oleh delegasi keselamatan Lubnan.

Difahamkan, mereka yang diserahkan itu ditahan di daerah Jbeil pada Jumaat selepas didapati memasuki negara itu secara haram.

Assad, yang memerintah Syria selama hampir 25 tahun, dilaporkan melarikan diri ke Russia pada 8 Disember lalu selepas kumpulan anti-rejim berjaya menguasai Damsyik.

Tindakan itu sekaligus menamatkan pemerintahan Parti Baath yang telah memerintah sejak 1963.

Kejatuhan rejim Assad berlaku selepas pejuang Hayat Tahrir al-Sham (HTS) melancarkan serangan pantas dan berjaya menawan bandar-bandar utama dalam tempoh kurang dua minggu.

Pihak berkuasa Syria kini sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap pegawai-pegawai rejim terdahulu yang telah diserahkan itu.

Usaha tersebut dilakukan untuk memastikan pegawai-pegawai tersebut diadili atas peranan mereka dalam konflik berdarah yang melanda negara itu selama lebih sedekad. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN