Bola api terangi langit Australia

Bola api terangi langit Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Cahaya seakan bola api menerangi langit awal pagi di kawasan New South Wales dan Queensland, Australia semalam.

Cahaya terang itu disyaki merupakan meteor besar, menurut laporan pakar.

Penduduk dari kedua-dua negeri tersebut melaporkan mereka melihat bola api yang terang di langit sebelum pukul 6 pagi hingga mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai objek berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Astrofizik Universiti Kebangsaan Australia, Brad Tucker berkata, objek tersebut kemungkinan besar adalah meteor.

Ini kerana menurutnya, warna hijau yang dilihat oleh beberapa saksi menunjukkan kehadiran unsur besi dan nikel yang terbakar dalam atmosfera.

“Adalah tidak mungkin serpihan objek ini jatuh ke bumi.

“Ia jelas meliputi jarak yang jauh dalam tempoh masa yang singkat.

“Jadi, ia mungkin serpihan asteroid yang pecah secara rawak dan menghentam atmosfera bumi,” katanya dalam satu wawancara di sebuah stesen radio tempatan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini