Air France larang juruterbang Islam kendali pesawat ke Israel - Utusan Malaysia

Air France larang juruterbang Islam kendali pesawat ke Israel

GAMBAR fail sebuah pesawat penumpang Air France. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Air France bersetuju menguatkuasakan arahan Israel yang melarang juruterbang dan kru kabin daripada kewarganegaraan tertentu ber­tugas dalam penerbangan ke Israel, termasuk dari negara majoriti penduduk Islam, menurut siasatan Mediapart.

Sekatan itu melibatkan 31 kewarganegaraan, termasuk warga Algeria, Tunisia, Iran dan Pakistan.

Larangan berkenaan turut dikenakan terhadap warga Perancis yang memiliki dua kewarganegaraan dengan salah satunya dari negara yang terdapat dalam senarai tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mediapart melaporkan, Air France memaklumkan kepada pekerja yang terjejas bahawa mereka tidak lagi dibenarkan bertugas dalam penerbangan ke Israel mengikut arahan negara haram itu.

Syarikat penerbangan ter­sebut turut memberi amaran kepada kakitangan supaya mengisytiharkan kewarganegaraan kedua mereka.

Kegagalan mematuhi arahan itu boleh membawa kepada tindakan disiplin.

Tindakan Air France menguatkuasakan sekatan itu boleh menyebabkan syarikat penerbangan berkenaan berdepan tindakan undang-undang di Perancis.

Bagaimanapun, syarikat itu belum mengulas secara terbuka mengenai laporan Mediapart.

Menurut penyiar Israel, N12, Kementerian Pengangkutan Israel mengeluarkan arahan itu pada 1 Oktober.

Arahan itu dikeluarkan susulan dakwaan cubaan seorang pembantu juruterbang warga Oman yang bekerja dengan flydubai merampas kawalan penerbangan pesawat penumpang dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) ke Tel Aviv, Israel pada 30 September, sebelum ia mendarat cemas di sebuah lapangan terbang Arab Saudi. – AGENSI.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini