Ahli Parlimen Rantau Panjang cedera, SUV terbabas - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Rantau Panjang cedera, SUV terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff cedera apabila kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 7, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama di sini, semalam.

Zailah, 63, dan anak perempuannya berusia 26 tahun, dikatakan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum terbabit kemalangan berhampiran Kechau Tui, di sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan, menuju Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, anak perempuan Zailah yang memandu kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang jalan.

“Ahli Parlimen itu mengalami kecederaan di bahagian dada serta perut. Dia segera dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan.

“Bagaimanapun anak perempuannya itu tidak tercedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini,” katanya.

Dua tahun lalu, Zailah pernah mengalami kecederaan ringan apabila trak pikap yang dinaikinya terbabit kemalangan di Jalan Bukit Antarabangsa, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini