50,000 guru New Zealand lancar mogok

Gaji kecil: 50,000 guru New Zealand lancar mogok

RIBUAN guru berarak ke Queen Street untuk membuat protes di Auckland, New Zealand, semalam. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Kira-kira 50,000 guru di New Zealand melancarkan mogok selepas rundingan kesatuan dengan Kementerian Pendidikan negara itu yang bertujuan untuk menambah baik gaji dan kemudahan, terhenti.

Lapor AFP, dalam mogok itu, guru-guru berkenaan mengibarkan sepanduk dengan slogan ‘kami tidak mampu membayar doktor gigi’ dan ‘kami terlalu miskin.’

Mogok sehari berkenaan turut memaksa tadika, sekolah rendah dan menengah ditutup di seluruh negara.

Kesatuan sekerja berhujah bahawa tawaran gaji terbaru kerajaan tidak sepadan dengan kadar inflasi dan sektor pendidikan negara itu kini dilaporkan berada pada titik krisis kerana kekurangan guru.

Jurucakap dari Persatuan Guru-Guru Sekolah Rendah, Chris Abercrombie berkata, pendidikan berkualiti adalah hak asasi manusia.

“Sedihnya, sebagai guru, kami melihat hak itu hilang perlahan-lahan dan pastinya terjejas.

“Penambahbaikan kepada gaji guru dan keadaan kerja yang lebih kondusif adalah penting untuk mengekalkan kakitangan yang berpengalaman dan mengambil graduan baharu,” katanya.

Presiden Institut Pendidikan New Zealand, Mark Potter berkata, guru-guru ingin menghantar mesej kepada kerajaan tentang betapa seriusnya mereka memerlukan perubahan.

“Kami semua mahukan yang terbaik untuk pelajar kami, tetapi tanpa perubahan kepada sistem, kami tidak boleh memberikan yang terbaik kepada mereka,” katanya.

Menteri Pendidikan New Zealand, Jan Tinetti berkata, beliau bagaimanapun kecewa melihat guru-guru melakukan mogok dan mahu pertikaian itu diselesaikan dengan cepat.

Kos sara hidup menjadi isu politik utama di New Zealand kerana kerajaan bergelut untuk mengawal inflasi.

Ekonomi New Zealand dilaporkan menyusut mencetuskan kebimbangan bahawa kemelesetan yang semakin hampir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.