Sepanyol longgarkan pemakaian pelitup muka 26 Jun ini - Utusan Malaysia

Sepanyol longgarkan pemakaian pelitup muka 26 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Sepanyol akan melonggarkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka bermula 26 Jun ini.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez hari ini.

“Minggu ini akan menjadi minggu terakhir kita memakai pelitup muka di kawasan terbuka kerana 26 Jun nanti, kita sudah bebas pelitup muka.

“Dalam tempoh beberapa hari akan datang, kita akan peroleh semula kehidupan yang dirindui sebelum ini. Kita akan nikmati kehidupan tanpa memakai pelitup muka,” katanya.

Sepanyol mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam pada awal Mei 2020 bagi mengurangkan jangkitan Covid-19 dan selepas itu diwajibkan di semua tempat untuk penduduk berusia enam tahun ke atas.

Mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan itu akan didenda. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya