Zionis bom terowong bawah tanah, lumpuhkan pergerakan Hamas - Utusan Malaysia

Zionis bom terowong bawah tanah, lumpuhkan pergerakan Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Jumlah korban melibatkan penduduk Palestin terus meningkat kepada 119 orang hari ini, dengan 31 daripadanya adalah kanak-kanak dan lebih 800 cedera ketika tentera Israel mempertingkatkan serangan udara serta melepaskan tembakan ke arah kubu pergerakan Hamas.

Terbaharu, tentera Zionis mendakwa pihaknya mengebom sejumlah terowong bawah tanah milik Hamas.

Jurucakap tentera Israel, Jonathan Conricus memaklumkan anggota tentera darat turut terlibat dalam serangan yang berlangsung selama 40 minit itu, namun tiada di antara mereka merentasi ke Semenanjung Gaza.

Katanya, sebanyak 160 pesawat termasuk beberapa kenderaan perisai digunakan untuk menyerang kubu Hamas.

“Ini merupakan penglibatan anggota tentera terbesar sejak pertempuran berlaku pada Isnin lalu.

“Tentera Hamas menggunakan terowong bawah tanah untuk melakukan pergerakan dan kami menyasarkan kesemua infrastruktur itu untuk melumpuhkan pergerakan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai membalas serangan Zionis, pejuang Hamas melancarkan serangan roket ke arah selatan wilayah itu.

Selain itu, pegawai kesihatan di utara Gaza pula memaklumkan seorang wanita dan tiga anaknya terbunuh ketika tentera Israel melancarkan serangan udara dan kesemua jenazah ditemukan di bawah runtuhan rumah mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya