Denda RM11,033 tunai Umrah tanpa permit - Utusan Malaysia

Denda RM11,033 tunai Umrah tanpa permit

Kerajaan menetapkan harga lantai bagi mengerjakan umrah untuk 12 hari dan 10 malam ialah RM6,900 bagi setiap jemaah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Jemaah Umrah yang menunaikan ibadah tersebut semasa bulan Ramadan tanpa permit akan didenda sebanyak SR10,000 (RM11,033) oleh Kerajaan Arab Saudi.

Lapor Arab News, denda itu termasuk SR1,000 (RM1,103) bagi sesiapa yang cuba memasuki Masjidil Haram di Mekah tanpa permit.

Sumber rasmi pihak Kementerian Dalam Negeri berkata, pihaknya mahu memastikan semua langkah pencegahan bagi membendung penyebaran virus Covid-19 dipatuhi.

Katanya, pihaknya juga mahu memastikan kebenaran menunaikan Umrah dan menunaikan solat selari peraturan keselamatan di Masjidil Haram serta kawasan sekitarnya.

Jelasnya, pihak pengawal keselamatan akan ditempatkan di semua pusat kawalan keselamatan, jalan raya serta laluan masuk menuju ke kawasan tengah yang mengelilingi Masjidil Haram.

Dalam perkembangan sama, Menteri Dalam Negeri, Putera Abdul Aziz Saud Naif yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji meluluskan pelan kecemasan umum bagi Mekah dan Madinah semasa bulan Ramadan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya