Pada 3 Julai 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Syarikat Kemajuan Perumahan Kakitangan Kerajaan akan membangunkan kawasan tanah seluas 415 ekar untuk dijadikan kawasan perumahan di Semenanjung Malaysia.
Kawasan-kawasan terlibat adalah, Seremban (140 ekar), Taiping (35 ekar), Tanjung Rambutan (35 ekar), Jalan Pasir Puteh, Ipoh (75 ekar), Jalan Tebrau, Johor Bahru (130 ekar) dan Tampoi (40 ekar).
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 3 Julai 1976 – Barang-barang kemas dan perhiasan yang bersadur permata hijau dari Pahang Tenggara telah dipilih menyertai pameran dagangan Malaysia di London.
- 3 Julai 1977 – Jaguh lompat pagar 110 meter Asia, Istiaq Mubarak dari Malaysia adalah antara 46 orang ahli sukan olahraga yang mewakili Asia di Kejohanan Olahraga Piala Dunia di Dusseldorf, Jerman September depan.
- 3 Julai 1978 – Syarikat Sabah Holding yang merupakan perusahaan bersama antara negeri Sabah dan Arab Saudi akan menjalankan projek tanaman koko seluas 15,000 ekar di Lahad Datu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










