Pada 28 April 1983, Utusan Malaysia melaporkan seorang pelajar tingkatan lima mati ditembak di hadapan bapanya oleh dua lelaki dalam satu cubaan merompak di Taman Maju Jaya, Johor Bahru.
Lim Siong Huat, 17, seorang pelajar di Sekolah Menengah Foon Yew telah ditembak di bahagian muka dari jarak dekat dan mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital besar.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 28 April 1981 – Ariffin Akim daripada Pasukan Polis Hutan Sungai Petani berjaya menyandang gelaran ‘Juara Sungai Petani 1981‘ dalam pertandingan bina badan yang berlangsung di Dewan Sri Subramaniam Swamy Devasthanam.
- 28 April 1982 – Negeri Terengganu ketika ini mempunyai hutan simpan seluas 579,329 hektar yang boleh digunakan untuk pembangunan sosioekonomi negeri itu pada masa hadapan.
- 28 April 1983 – Ramai pelabur dari Jepun, Korea dan Taiwan kini beralih ke Kedah berikutan tawaran perindustrian dan perdagangan yang menarik.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]